Dewan Undangan Negeri di Malaysia terdiri daripada Sultan atau Yang DiPertua Negeri sebagai ketua negeri, seorang Speaker dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini terdiri dari orang yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Sultan atau Yang DiPertua Negeri akan mengadakan persidangan dari masa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dikekalkan selama lima tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Sultan atau Yang DiPertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Setelah dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh memegang jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat dan ADUN pada satu masa. Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankanperlembagaan.
Dewan undangan Negeri Sarawak
BAHAN RUJUKAN : https://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Undangan_Negeri
No comments:
Post a Comment